Nabi Ayub as menggambarkan sosok manusia
yang paling sabar, bahkan bisa dikatakan bahawa beliau berada di puncak
kesabaran. Sering orang menisbatkan kesabaran kepada Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi
Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan
kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya.
Allah s.w.t telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah
sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS.
Shad: 44)
Yang di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi
Ayub adalah seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan
zikir, syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh
keselamatan dan rahsia pujian Allah s.w.t padanya.
Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan banyak
cerita-cerita dongeng yang mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan
bahawa beliau terkena penyakit kulit yang dahsyat sehingga
manusia-manusia enggan untuk mendekatinya. Dalam cuplikan kitab Taurat
disebutkan berkenaan dengan Nabi Ayub:
"Maka keluarlah syaitan dari haribaan Tuhan dan kemudian Ayub terkena
suatu luka yang sangat mengerikan dari ujung kakinya sampai kepalanya."
Tentu kita menolak semua ini sebagai suatu hakikat yang nyata. Kami pun
tidak mentolerir jika itu dianggap sebagai perbuatan seni semata.
Perhatikanlah ungkapan dalam Taurat: "Kemudian syaitan keluar dari
haribaan Tuhan kita," sebagai orang-orang Muslim, kita mengetahui bahawa
syaitan telah keluar dari haribaan Tuhan sejak Allah s.w.t menciptakan
Adam as. Maka, kapan syaitan kembali ke riba Tuhan? Kita berada di
hadapan ungkapan seni, tetapi kita tidak berada di hadapan suatu
hakikat.
Lalu, bagaimana hakikat sakitnya Nabi Ayub dan bagaimana kisahnya? Yang popular tentang cubaan Nabi
Ayub dan kesabarannya adalah riwayat berikut: para malaikat di bumi
berbicara sesama mereka tentang manusia dan sejauh mana ibadah mereka.
Salah seorang di antara mereka berkata: "Tidak ada di muka bumi ini
seorang yang lebih baik daripada Nabi
Ayub. Beliau adalah orang mukmin yang paling sukses, orang mukmin yang
paling agung keimanannya, yang paling banyak beribadah kepada Allah
s.w.t dan bersyukur atas nikmat-nikmat-Nya dan selalu berdakwah di
jalan-Nya." syaitan mendengarkan apa yang dikatakan lalu ia merasa
terganggu dengan hal itu. Kemudian ia pergi menuju ke Nabi Ayub dalam rangka berusaha menggodanya tetapi Nabi Ayub adalah seorang Nabi
di mana hatinya dipenuhi dengan ketulusan dan cinta kepada Allah s.w.t
sehingga syaitan tidak mungkin mendapatkan jalan untuk mengganggunya.
Ketika syaitan berputus asa dari mengganggu Nabi
Ayub, ia berkata kepada Allah s.w.t: "Ya Rabbi, hamba-Mu Ayub sedang
menyembah-Mu dan menyucikan-Mu namun, ia menyembah-Mu bukan kerana
cinta, tapi ia menyembah-Mu kerana kepentingan-kepentingan tertentu. Ia
menyembah-Mu sebagai balasan kepada-Mu kerana Engkau telah memberinya
harta dan anak dan Engkau telah memberinya kekayaan dan kemuliaan.
Sebenarnya ia ingin menjaga hartanya, kekayaannya, dan anak-anaknya.
Seakan-akan berbagai nikmat yang Engkau kurniakan padanya adalah rahsia
dalam ibadahnya. Ia takut kalau-kalau apa yang dimilikinya akan binasa
dan hancur. Oleh kerana itu, ibadahnya dipenuhi dengan hasrat dan rasa
takut. Jadi, di dalamnya bercampur antara rasa takut dan tamak, dan
bukan ibadah yang murni kerana cinta."
Riwayat tersebut mengatakan bahawa Allah s.w.t berkata kepada iblis:
"Sesungguhnya Ayub adalah hamba yang mukmin dan sejati imannya. Ayub
menjadi teladan dalam keimanan dan kesabaran. Aku membolehkanmu untuk
mengujinya dalam hartanya. Lakukan apa saja yang engkau inginkan,
kemudian lihatlah hasil dari apa yang engkau lakukan."
Akhirnya, syaitan pergi dan mendatangi tanah Nabi Ayub dan berbagai tanaman dan kenikmatan yang dimilikinya. Kemudian syaitan itu menghancurkan semuanya. Keadaan Nabi Ayub pun berubah dari puncak kekayaan ke puncak kefakiran. Kemudian syaitan menunggu apa tindakan Nabi Ayub. Nabi
Ayub berkata: "Oh musibah dari Allah s.w.t. Aku harus mengembalikan
kepada-Nya amanat yang ada di sisi kami di mana Dia saat ini
mengambilnya. Allah s.w.t telah memberi kami nikmat selama beberapa
masa. Maka segala puji bagi Allah s.w.t atas segala nikmat yang
diberikannya, dan Dia mengambil dari kami pada hari ini nikmat-nikmat
itu. Bagi-Nya pujian sebagai Pemberi dan Pengambil. Aku dalam keadaan
redha dengan keputusan Allah s.w.t. Dia-lah yang mendatangkan manfaat
dan mudarat. Dia-lah yang redha dan Dialah yang murka. Dia adalah
Penguasa. Dia memberikan kerajaan kepada siapa yang di kehendaki-Nya,
dan mencabut kerajaan dari siapa yang dikehendaki-Nya; Dia memuliakan
siapa yang dikehendaki-Nya dan menghinakan siapa yang dikehendaki- Nya."
Kemudian Nabi Ayub sujud dan Iblis tampak tercengang melihat pemandangan tersebut.
Lalu syaitan kembali kepada Allah s.w.t dan berkata: "Ya Allah, jika
Ayub tidak menerima nikmat kecuali dengan mengatakan pujian, dan tidak
mendapatkan musibah kecuali mendapatkan kesabaran maka hal itu sebagai
bentuk usahanya kerana ia mendapatkan anak. Ia mengharapkan dengan
melalui mereka kekayaannya meningkat dan melalui mereka ia dapat
menjalani kehidupan yang lebih mudah." Riwayat mengatakan bahawa Allah
s.w.t membolehkan bagi syaitan untuk berbuat apa saja kepada anak-anak
Ayub. Kemudian syaitan menggoncangkan rumah yang di situ anak-anaknya
tinggal sehingga mereka semua terbunuh. Dalam keadaan demikian, Nabi
Ayub berdialog kepada Tuhannya dan menyeru: "Allah memberi dan Allah
mengambil. Maka bagi-Nya pujian saat Dia memberi dan mengambil, saat Dia
murka dan redha, saat Dia mendatangkan manfaat dan mudarat. Kemudian
Ayub pun sujud dan iblis lagi-lagi tampak tercengang dan merasa malu."
Iblis kembali menemui Allah s.w.t dan mengatakan bahawa Ayub dapat
bersabar kerana badannya sehat. Seandainya Engkau memberi kekuasaan
kepadaku, ya Rabbi, untuk mengganggu badannya nescaya dia akan berhenti
dari kesabarannya. Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t menginzinkan
syaitan untuk mengganggu tubuh Ayub. Dikatakan bahawa syaitan memukul
tubuh Nabi Ayub dari kepalanya sampai kakinya sehingga Nabi
Ayub sakit kulit di mana tubuhnya membusuk dan mengeluarkan nanah,
bahkan keluarganya dan sahabat-sahabatnya meninggalkannya kecuali
isterinya. Namun lagi-lagi Nabi Ayub
tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau memuji-Nya pada
hari- hari kesehatannya dan ia tetap memuji Allah s.w.t saat mendapatkan
ujian sakit. Dalam dua keadaan itu, Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t.
Melihat pemandangan itu, amarah syaitan semakin meningkat namun ia tidak
mengetahui apa yang harus dilakukannya. Di sini syaitan mengumpulkan
para penasihatnya dari pakar-pakar dan ia menceritakan tentang kisah
Ayub dan meminta mereka mengeluarkan pendapat—setelah ia menyampaikan
rasa putus asanya saat menggodanya atau mencuba menghilangkan sifat
sabarnya dan syukurnya.
Salah seorang syaitan berkata: "Sungguh engkau telah mengeluarkan Adam
bapak manusia dari syurga, lalu dari mana engkau mendatanginya? Oh, yang
engkau maksud adalah Hawa?" Terbukalah di hadapan Iblis suatu ide yang
baru. Lalu ia pergi ke isteri Ayub dan memenuhi hatinya dengan rasa
putus asa sehingga ia pergi ke Ayub dan berkata padanya: "Sampai kapan
Allah s.w.t menyiksamu? Di mana harta, keluarga, teman dan kaum kerabat?
Di mana masa jayamu dan kemuliaanmu dahulu?"
Mendengar perkataan isterinya itu, Nabi
Ayub menjawab: "Sungguh engkau telah dikuasai oleh syaitan. Mengapa
engkau menangisi kemuliaan yang telah berlalu dan anak yang telah mati?"
Perempuan itu berkata: "Mengapa engkau tidak berdoa kepada Allah agar
Dia menghilangkan cubaan darimu dan menyembuhkanmu serta menghilangkan
kesedihannmu?" Nabi Ayub berkata: "Berapa
lama kita merasakan kebahagiaan?" Isterinya menjawab: "Delapan tahun."
Ayub berkata: "Berapa lama kita mendapat penderitaan?" Isterinya
menjawab: "Tujuh tahun." Ayub berkata: "Aku malu jika aku meminta agar
Allah s.w.t melepaskan penderitaanku ketika aku melihat masa
kebahagiaanku. Sungguh imanmu tampak melemah dan keputusan Allah s.w.t
membuat hatimu menjadi sempit. Seandainya aku sembuh dan kembali kepada
kekuatanku, nescaya aku akan memukulmu dengan seratus kali pukulan dari
tongkat. Sejak hari ini, aku tidak memakan dari makananmu dan dari
minumanmu atau memerintahkanmu untuk melakukan suatu urusan. Maka
pergilah kau dariku."
Akhirnya, isteri Nabi Ayub pergi sehingga Nabi
Ayub tinggal sendirian dalam keadaan sabar menanggung penderitaannya.
Penderitaan yang seandainya ditimpakan kepada gunung nescaya gunung
tidak akan mampu menahannya. Kemudian Nabi
Ayub berdoa kepada Allah s.w.t dalam keadaan penuh kasih sayang dan
meminta belas kasih kepada-Nya. Beliau berdoa agar Allah s.w.t
menyembuhkannya. Dan akhirnya, doanya dikabulkan oleh Allah s.w.t.
Demikianlah riwayat yang popular berkenaan dengan penderitaan Nabi Ayub dan kesabarannya.
Menurut hemat kami riwayat ini palsu kerana ia sesuai dengan teks Taurat yang menjelaskan sakitnya Nabi
Ayub. Begitu juga kami tidak menerima jika dikatakan bahawa penyakitnya
sangat buruk sekali yang menyebabkan masyarakat lari darinya
sebagaimana dikatakan oleh dongeng-dongeng kuno. Bagi kami, riwayat
semacam itu bertentangan dengan kedudukan kenabian. Yang perlu kita
perhatikan dan perlu kita pastikan adalah apa-apa yang telah disampaikan
oleh Al-Quran berkenaan dengan cerita Nabi Ayub. Al-Quran adalah kitab satu-satunya yang pasti benar yang tiada kebatilan di depan dan di belakangnya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ('Ya Tuhanku),
sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang
Maha Penyayang di antara semua penyayang.' Maka Kami pun memperkenankan
seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami
kembalian keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan
mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan
bagi semua yang menyembah Allah." (QS. al-Anbiya': 83-84)
Kita telah memahami bahawa Nabi Ayub
adalah hamba yang soleh dari hamba-hamba Allah s.w.t. Allah s.w.t
menginginkan untuk mengujinya dalam hartanya, keluarganya, dan badannya.
Hartanya hilang sehingga ia menjadi orang fakir setelah sebelumnya ia
termasuk orang yang paling kaya. Kemudian ia ditinggalkan oleh isterinya
dan keluarganya sehingga ia merasakan erti kesunyian dan kesendirian
lalu ia ditimpa penyakit dalam tubuhnya dan ia merasa menderita
kerananya, tetapi beliau tetap sabar menghadapi semua itu dan tetap
bersyukur kepada Allah s.w.t.
Sakit yang dideritanya cukup lama sehingga beliau menghabiskan waktu-
waktu dan hari-harinya dalam keadaan sendirian bersama penyakitnya, rasa
sedihnya, dan kesendiriannya. Demikianlah Nabi
Ayub merasakan segi tiga penderitaan. Segi tiga penderitaan dalam
hidupnya, yaitu sakit, kesedihan, dan kesendirian. Di saat beliau
mendapat cubaan seperti itu, pada suatu hari datang pada beliau salah
satu pemikiran syaitan. Fikiran itu berputar-putar di relung hatinya;
fikiran itu mengatakan padanya, wahai Ayub penyakit ini dan penderitaan
yang engkau rasakan oleh kerana godaan dariku. Seandainya engkau
berhenti sabar dalam satu hari saja nescaya penyakitmu akan hilang
darimu. Kemudian manusia-manusia berbisik-bisik dan berkata: Seandainya
Allah s.w.t mencintainya nescaya ia tidak akan merasakan penderitaan
yang begitu hebat. Demikianlah pemikiran yang jahat itu. syaitan tidak
mampu untuk mengganggu seseorang kecuali dengan izin Allah s.w.t
sebagaimana Allah s.w.t tidak menjadikan cinta-Nya kepada manusia
identik dengan kesihatan mereka. Sesungguhnya Allah s.w.t menguji mereka
sebagaimana yang dikehendaki-Nya.
Fikiran syaitan itu berputar di sekitar hati Nabi
Ayub seperti berputarnya lalat di musim panas di sekitar kepala
manusia, namun beliau mampu menghilangkan fikiran ini dan sambil
tersenyum kepada dirinya beliau berkata: "Keluarlah hai syaitan! Sungguh
aku tidak akan berhenti bersabar, bersyukur, dan beribadah." Akhirnya,
fikiran jahat itu dengan rasa putus asa keluar dari akal Nabi Ayub. Nabi
Ayub duduk dalam keadaan marah kerana syaitan berani untuk
mengganggunya. Beliau membayangkan bahawa boleh jadi syaitan berani
menggodanya dengan memanfaatkan kesendiriannya, penderitaannya, dan
penyakitnya.
Isteri Nabi Ayub datang dalam keadaan terlambat dan mendapati Nabi Ayub dalam keadaan marah. Isterinya itu menutupi kepalanya dengan suatu kain tertutup. Isteri Nabi Ayub menghadirkan atau menghidangkan makanan yang baik untuknya. Nabi Ayub bertanya padanya: "Dari mana engkau mendapati wang?" Nabi
Ayub telah bersumpah akan memukulnya seratus kali pukulan dengan
tongkat ketika beliau sembuh, tetapi kesabarannya sungguh sangat luas
seperti sungai yang besar. Dan di waktu sore, setelah mengetahui
kehalalan makanan yang dihidangkan, beliau pun memakannya. Kemudian Nabi Ayub keluar menuju ke gunung dan berdoa kepada Tuhannya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya:
'Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan' (Allah
berfirman): 'Hentamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan
untuk minum. Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali)
keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula
sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai
fikiran. Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah
dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami
mendapati dia (Ayuh) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.
Sesungguhnya dia sangat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 41-44)
Bagaimana kita memahami perkataan Nabi Ayub, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan."? Nabi
Ayub ingin mengadukan kepada Tuhannya perihal keberanian syaitan
padanya di mana syaitan membayangkan bahawa ia dapat mengganggunya. Nabi Ayub tidak percaya bahawa sakit yang dideritanya adalah datang kerana pengaruh syaitan.
Demikianlah pemahaman yang sesuai dengan kemaksuman para nabi
dan kesempurnaan mereka. Allah s.w.t memerintahkan beliau untuk mandi
di salah satu mata air di gunung. Allah s.w.t memerintahkannya agar
beliau minum dari mata air ini. Kemudian Nabi
Ayub melaksanakan perintah ini dan mandi serta minum. Belum lama beliau
minum pada tegukan yang terakhir sehingga beliau merasakan sehat dan
sembuh sepenuhnya dari penyakitnya. Kemudian suhu panas dalam tubuhnya
pun kembali normal seperti biasanya. Allah s.w.t memberikan kepada Ayub
dan keluarganya dan orang-orang yang seperti mereka suatu rahmat dari
sisi-Nya sehingga Nabi Ayub tidak kembali
sendirian. Allah s.w.t memberinya berlipat-lipat kekayaan dan kemuliaan
dari sisi-Nya sehingga Ayub tidak menjadi fakir.
Nabi Ayub kembali mendapatkan kesehatannya setelah lama merasakan penderitaan dan sakit; Nabi
Ayub bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau telah bersumpah untuk memukul
Isterinya sebanyak seratus pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh.
Sekarang beliau sembuh maka Allah s.w.t mengetahui bahawa beliau tidak
bermaksud untuk memukul Isterinya. Namun agar beliau tidak sampai
melanggar janjinya dan sumpahnya, Allah s.w.t memerintahkannya agar
segera mengumpulkan seikat ranting dari bunga Raihan yang berjumlah
seratus dan hendaklah beliau memukulkan itu kepada isterinya dengan
sekali pukulan. Dengan demikian, beliau telah memenuhi sumpahnya dan
tidak berbohong. Allah s.w.t membalas kesabaran Ayub dan memujinya dalam
Al-Quran sebagaimana firman-Nya:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah
sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS.
Shad: 44)
No comments:
Post a Comment