3. Al Malik




Asmaul-husna adalah nama-nama ALLAH yang diagungkan dan dimuliakan. Terdapat 99 nama ALLAH yang telah termaktub di dalam senarai asmauh-husna ini. Nama-nama ALLAH yang bersandar pada Zat tidak boleh dipakai untuk makhluk kerana ia adalah nama kepada ZAT atau DIRI ALLAH. Setiap nama ALLAH mesti didahului oleh alif wasal untuk melambangkan kebesaran ALLAH. Nama ALLAH yang bersandar pada sifat ALLAH boleh digunakan untuk makhluk dengan syarat mesti digugurkan alif wasal di hadapan nama itu.

Mengenal nama ﺍﻟﻤﻠﻚ (al-Malik)

Nama ALLAH ﺍﻟﻤﻠﻚ (al-Malik) membawa erti Raja atau Pemilik Yang Sangat Besar. Nama ALLAH ﺍﻟﻤﻠﻚ adalah bersandarkan sifat bukan ZAT atau DIRI ALLAH. Kerana itu ia boleh digunakan untuk makhluk dengan mengugurkan alif wasal di hadapan nama itu menjadikan ia sebagai ﻣﻠﻚ (Malik) sahaja. Lebih elok di dahulukan dengan nama Abdul di hadapannya untuk menjadikan Abdul Malik (Hamba Raja).

Terdapat 2 cara membaca kalimah ﻣﻠﻚ di dalam al-Qur'an.


dengan bacaan panjang pada huruf ﻣ (mim) seperti yang terdapat di dalam surah al-Fateha.

dengan bacaan pendek pada huruf ﻣ (mim) seperti yang terdapat di dalam surah an-Naas.

Kedua-dua bacaan ini membawa erti yang sama iaitu ﻣﻠﻚ (Malik) bererti Raja atau Pemilik yang menguasai. Perbezaan antara keduanya adalah seperti berikut;-

Pengertian ﻣﻠﻚ dalam surah al-Fateha.
surah-al-fatihah


Di dalam surah al-Fateha, kalimah ﻣﻠﻚ (ayat 4) dibaca dengan panjang 2 harkat pada huruf ﻣ.
Maksud ayat ialah; "(Raja) Yang Menguasai pada hari pembalasan (akhirat)."

ALLAH adalah Raja atau Pemilik Tunggal kesemua alam. Apabila terjadinya kiamat keseluruhan alam dan segala isinya akan musnah dan mati. Tiada yang tinggal hidup kecuali ZAT ALLAH swt. ALLAH adalah Raja dan Pemilik Yang Sangat Agung dan Mulia. Kalimah ﻣﻠﻚ dengan bacaan 2 harkat pada huruf ﻣ melambangkan sifat kekuasaan mutlaq dan luas yang tiada batas pada DIRI ALLAH swt.

Pengertian ﻣﻠﻚ dalam surah an-Naas.




Dalam surah an-Naas, kalimah ﻣﻠﻚ (ayat 2) dibaca dengan pendek pada huruf ﻣ .
Maksud ayat ialah; "(Raja) Yang Menguasai sekelian manusia."

ALLAH adalah Pencipta sekelian manusia. ALLAH adalah Pemilik manusia. Apa yang ada pada diri manusia kesemuanya adalah anugerah dari ALLAH swt. ALLAH tidak sahaja mencipta manusia tetapi membelai dan menjaga manusia ciptaan-NYA itu dengan penuh kasih dan sayang (Rahmaan dan Rahiim). Antara anugerah yang diberi kepada manusia adalah seperti berikut;-

*** Manusia diberi pancaindera yang sempurna seperti mata, telinga dan lidah. Dengan pacaindera ini manusia dapat melihat, mendengar dan berhubungan sesama manusia lain.

*** Manusia diberi anggota tubuh yang lengkap seperti kaki untuk manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Manusia diberi tangan serta jari-jemari supaya mudah melakukan apa juga pekerjaan yang diperlukan. Manusia diberi gigi supaya dapat menghancurkan makanan sebelum dapat ditelan. Manusia diberi hidung untuk dapat menhidu bau-bauan dan untuk bernafas. Malahan keseluruhan tubuh manusia itu adalah pemberian dari ALLAH semata-mata seperti kulit, kuku, tulang, bulu mata, rambut dan sebagainya.

*** Manusia diberi anggota organ dalaman seperti hati, jantung, paru-paru, buah pinggang, usus, perut dan banyak lagi yang kesemuanya berfungsi dengan perintah ALLAH semata-mata.

*** Manusia diberi anugerah teragung yang tidak diberi kepada makhluk lain iaitu anugerah akal. Di manakah letaknya akal itu? Adakah akal berada di dalam otak? Haiwan juga diberi organ otak namun mereka tidak mempunyai akal. Maka hakikat akal hanya diketahui oleh ALLAH swt semata-mata kerana akal itu adalah milik ALLAH ﺍﻟﻤﻠﻚ .

ALLAH ﺍﻟﻤﻠﻚ

ALLAH ﺍﻟﻤﻠﻚ adalah Raja dan Pemilik mutlaq bagi manusia dan sekelian makhluk yang ada di alam ini. ALLAH adalah Pemilik keseluruhan alam. ALLAH ﺍﻟﻤﻠﻚ adalah Pemilik Yang Besar KuasaNYA di Hari Akhirat di mana manusia akan melihat kebesaran kerajaan ALLAH yang sebenarnya. Maka sebagai Pemilik mutlaq adalah hak ALLAH sepenuhnya untuk memerintah manusia sama ada perintah suruh buat (wajib) atau perintah larang buat (haram). Manusia sebagai hamba kepada ﺍﻟﻤﻠﻚ wajib taat dan patuh akan segala perintah ﺍﻟﻤﻠﻚ itu. Yang Memiliki diri manusia adalah ALLAH ﺍﻟﻤﻠﻚ dan manusia sebenarnya tidak ada hak atas diri mereka sendiri.

Segala yang ada pada diri manusia adalah kepunyaan ALLAH ﺍﻟﻤﻠﻚ . Segala yang ada pada diri manusia adalah nikmat-nikmat yang dianugerahkan kepada kita kerana sifat kasih ALLAH kepada makhluk ciptaan-NYA. Maka adalah wajib manusia sebagai makhluk yang diberi nikmat yang banyak untuk bersyukur kepada ALLAH ﺍﻟﻤﻠﻚ .

Syukur nikmat ALLAH dengan 2 cara;-


Gunakan nikmat yang diberi ALLAH untuk kebaikan iaitu dengan cara yang diperintahkan ALLAH suruh buat.

Jangan gunakan nikmat yang diberi ALLAH kepada apa yang dilarang ALLAH.

Tidak memperdulikan perintah ALLAH adalah sama dengan perbuatan menghina ALLAH sedangkan ALLAH adalah ﺍﻟﻤﻠﻚ Yang Memiliki diri manusia. Barangsiapa yang menghina ALLAH, kelak ALLAH akan menjadikan makhluk di langit dan dibumi menghinanya juga.

No comments:

Post a Comment