1. Ar Rahmaan
قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَ ۖ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا
Katakanlah: “Serulah Allah atau Serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunya Al-Asma ul-Husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah diantara kedua itu.” – Surah Al-Isra’ ayat 110
Kasih sayang adalah perasaan yang terpancar daripada naluri seseorang. Bagi manusia, kasih sayang akan menjadi pengikat antara mereka dengan sesuatu yang disayangi. Pun begitu kasih sayang yang ada dalam diri manusia biarpun menggunung, tidak mampu untuk dibandingkan dengan kasih sayang ALLAH S.W.T.
Kasih sayang ALLAH S.W.T itu maha luas dan tidak terbanding dengan kasih sayang yang ada dalam diri manusia. Jika dibandingkan dengan segunung kasih ayang manusia, namun ia seolah-olah menjadi sebesar hama apabila dibandingkan dengan kasih sayang ALLAH S.W.T.
Ini dibuktikan apabila dalam 99 nama ALLAH S.W.T yang tercatat Ar-Rahman iaitu yang Maha Pengasih sebagai salah satu daripada nama-nama ALLAH S.W.T. Ini membuktikan bahawa ALLAH S.W.T itu amat luas kasih sayang-Nya kepada makhluk yang diciptakannya, termasuklah manusia.
Rasulullah S.A.W telah dinisbahkan sebagai kekasih ALLAH S.W.T. Ia menujukkan betapa ALLAH S.W.T itu maha luas kasih swayangnya terhadap manusia. Hatta, telah disediakan syurga untuk mereka yang mendapat kasih sayang ALLAH S.W.T sebagai pembalasan yang abadi lagi kekal. Hanya manusia sahaja yang angkuh dan tidak menghargai kasih sayang ALLAH S.W.T sahaja sanggup berpaling tadah.
Pun Begitu, tidak semua hamba-Nya di sayangi ALLAH S.W.T . Itulah sebabnya ALLAH S.W.T menciptakan neraka sebagai tempat kembalinya golongan yang tidak mendapat kasih sayang ALLAH S.W.T lantaran amalan-amalan mereka yang selama ini melanggar perintah-Nya.
Oleh yang demikian, manusia yang bijak ialah mereka yang sentiasa menghargai kasih sayang ALLAH S.W.T terhadapnya. Mereka ini akan sentiasa berusaha untuk meraih kasih sayang ALLAH S.W.T dengan memastikan diri sentiasa menjunjung perintah ALLAH S.W.T dan meninggalkan larangan-Nya. Mereka tidak pernah jemu untuk berusaha dan mempertingkatkan kualiti diri melalui amalan dan ibadah yang dapat mengundang kasih sayang ALLAH S.W.T.
Justeru, bagi mendapatkan kasih sayang dari ALLAH S.W.T hendaklah melakukan perkara-perkara berikut :
I. Saling sayang-menyayangi sesama hamba.
Nabi S.A.W berpesan sabdanya :
“orang yang berkasih sayang, pasti akan mendapat kasih sayang daripada ALLAH yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu sayangi sesiapa sahaja yang berada di bumi, pasti mereka yang ada di langit akan menyayangimu” –HR Abi Daud : 4290
II. Suami dan isteri yang mengamalkan solat malam secara berjemaah
Sabda Nabi S.A.W :
“Apabila seseorang lelaki bangun menunaikan solat malam, lalu membangunkan isteri seraya kedua-duanya menunaikan solat dua rakaat, pasti mereka berdua akan dituliskan dari kalangan orang yang mengigati ALLAH”: – HR Ibnu Majah : 1325
III. Menghubungkan Silaturrahim
Sabda Nabi S.A.W :
“ Orang yang sering memutuskan silaturrahim tidak akan masuk ke dalam syurga” – HR At-Tarmizi : 1832
IV. Berbakti pada kedua ibu bapa.
Firman ALLAH S.W.T :
“ Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil.” Surah Isra’ Ayat 24
V. Solat Malam dan membaca Al-Quran dengan harapan semoga ALLAH S.W.T menurunkan rahmat.
Firman ALLAH S.W.T :
“ Dan kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…” – Surah al-Isra’ ayat 82
Firman ALLAH S.W.T LAGI :
“ Dan apabila dibacakan Al-Quran maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” Surah Al-‘Araf ayat 204
Andai segala perintah ALLAHJ S.W.T sentiasa dijunjung dan dalam masa yang sama segala larangannya dihindari, ditambah pula dengan amalan-amalan sebagaimana yang disebutkan tadi. Pasti kasih sayang ALLAH S.W.T menaungi hidup kita.
Terpulanglah kepada setiap manusia untuk memilih jalan hidup mereka selagi jasad bernyawa. Jalan yang menjanjikan kasih sayang ALLAH S.W.T , mahupun jalan yang mengundang kemurkaan-Nya. Kedua-duanya terbentang luas untuk dipilih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment