Beliau adalah Nabi yang mulia yang bemama Yunus bin Mata. Nabi Muhammad
saw berkata: "Janganlah kalian membanding-bandingkan aku atas Yunus bin
Mata."
Mereka menamakannya Yunus, Dzun Nun, dan Yunan. Beliau adalah seorang
Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah s.w.t kepada kaumnya. Beliau
menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan;
beliau mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan
menakut-nakuti mereka dengan neraka dan mengiming-imingi mereka dengan
syurga; beliau memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka
hanya menyembah kepada Allah s.w.t.
Nabi Yunus senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun
yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di
mana beliau merasakan keputusasaan dari kaumnya. Hatinya dipenuhi
dengan perasaan marah pada mereka namun mereka tidak beriman. Kemudian
beliau keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan
mereka. Allah s.w.t menceritakan hal itu dalam firman- Nya:
"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan
marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya
(menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap:
'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci
Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS.
al-Anbiya': 87)
Tidak ada seorang pun yang mengetahui gejolak perasaan dalam diri Nabi
Yunus selain Allah s.w.t. Nabi Yunus tampak terpukul dan marah pada
kaumnya. Dalam keadaan demikian, beliau meninggalkan kaumnya. Beliau
pergi ke tepi laut dan menaiki perahu yang dapat memindahkannya ke
tempat yang lain. Allah s.w.t belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk
meninggalkan kaumnya atau bersikap putus asa dari kaumnya. Yunus mengira
bahawa Allah s.w.t tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana ia
meninggalkan kaumnya. Saat itu Nabi Yunus seakan-akan lupa bahawa
seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t.
Namun keberhasilan atau tidak keberhasilan dakwah tidak menjadi
tanggungjawabnya. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah s.w.t
dan menyerahkan sepenuhnya masalah keberhasilan atau
ketidakberhasilannya terhadap Allah s.w.t semata.
Terdapat perahu yang berlabuh di pelabuhan kecil. Saat itu matahari
tampak akan tenggelam. Ombak memukul tepi pantai dan memecahkan
batu-batuan. Nabi Yunus melihat ikan kecil sedang berusaha untuk melawan
ombak namun ia tidak mengetahui apa yang dilakukan. Tiba- tiba
datanglah ombak besar yang memukul ikan itu dan menyebabkan ikan itu
berbenturan dengan batu. Melihat kejadian ini, Nabi Yunus merasakan
kesedihan. Nabi Yunus berkata dalam dirinya: "Seandainya ikan itu
bersama ikan yang besar barangkali ia akan selamat. Kemudian Nabi Yunus
mengingat-ingat kembali keadaannya dan bagaimana beliau meninggalkan
kaumnya. Akhirnya, kemarahan dan kesedihan beliau bertambah.
Nabi Yunus pun menaiki perahu dalam keadaan guncang jiwanya. Beliau
tidak mengetahui bahawa beliau lari dari ketentuan Allah s.w.t menuju
ketentuan Allah s.w.t yang lain; beliau tidak membawa makanan dan juga
kantong yang berisi bawaan atau perbekalan, dan tidak ada seorang pun
dari teman-temannya yang menemaninya; beliau benar-benar sendirian;
beliau melangkahkan kakinya di atas permukaan perahu.
Si nahkoda perahu bertanya kepadanya: "Apa yang engkau inginkan?"
Mendengar pertanyaan itu, Nabi Yunus pun bangkit: "Saya ingin untuk
bepergian dengan perahu-perahu kalian. Apakah kita berlayar dalam waktu
yang lama?" Nabi Yunus menampakkan suara yang penuh kemarahan, rasa
takut, dan kegelisahan. Nahkoda itu berkata sambil mengangkat kepalanya:
"Kita akan berlayar meskipun air tampak sedang pasang." Nabi Yunus
berkata dengan mencoba sabar dan menyembunyikan kegelisahannya:
"Tidakkah engkau mendahului agar jangan sampai pasang itu terjadi wahai
tuanku?" Si nahkoda berkata: "Laut kita biasanya terkena pasang, maka ia
akan segera mereda ketika melihat seorang musafir yang mulia." Yunus
bertanya: "Aku akan pergi bersama kalian dan berapa ongkos perjalanan?"
Si nahkoda menjawab: "Kami tidak menerima ongkos selain emas." Yunus
berkata: "Tidak jadi masalah."
Nahkoda itu memperhatikan Nabi Yunus. Ia adalah seorang yang
berpengalaman di mana ia sering mondar-mandir dari satu pelabuhan ke
pelabuhan yang lain. Seringnya ia mengunjungi suatu tempat ke tempat
yang lain menjadikannya seorang lelaki yang mampu menangkap perasaan
manusia. Nahkoda itu merasakan dan mengetahui bahawa Nabi Yunus lari
dari sesuatu. Nahkoda itu membayangkan bahawa Nabi Yunus melakukan suatu
kesalahan tetapi ia tidak berani untuk mengungkapkan kesalahan kepada
pelakunya kecuali jika pelakunya seorang yang bangkrut. Ia meminta
kepada Nabi Yunus untuk membayar ongkos sebanyak tiga kali lipat dari
vang biasa dibayar musafir. Nabi Yunus saat itu merasakan kesempitan
dalam dadanya dan diliputi dengan kemarahan yang keras dan keinginan
kuat untuk meninggalkan negerinya sehingga ia pun memberikan apa yang
diminta oleh si nahkoda.
Nahkoda itu memperhatikan kepingan-kepingan emas yang ada di tangannya
dan ia menggigit sebagaiannya dengan giginya. Barangkali ia akan
menemukan potongan emas yang palsu namun ia tidak menemukannya. Nabi
Yunus hanya berdiri menyaksikan semua itu sementara dadanya tampak
terombang-ambing: terkadang naik dan terkadang turun laksana ayunan.
Nabi Yunus berkata: "Tuanku tentukan bagiku kamarku. Aku tampak letih
dan ingin istirahat sebentar." Si nahkoda berkata: "Memang itu tampak di
raut wajahmu. Itu kamarmu," sambil ia menunjuk dengan tangannya.
Kemudian Nabi Yunus membaringkan diri di atas kasur dan beliau berusaha
untuk tidur tetapi usahanya itu sia-sia. Adalah gambar ikan kecil yang
hancur berbenturan dengan batu menyebabkan beliau tidak dapat tidur
dengan tenang. Nabi Yunus merasakan bahawa atap kamar akan jatuh menimpa
dirinya. Akhirnya, Nabi Yunus tidur di atas kasurnya di mana kedua bola
matanya berputar-putar di atas atap kamar tetapi pandangan-pandangannya
yang gelisah itu tidak menemukan tempat perlindungan. Tempat tinggalnya
di kamar itu dan atapnya dan sisi-sisinya tampak semuanya akan runtuh.
Nabi Yunus pun mulai mengeluh dan berkata: "Demikian juga hatiku yang
tergantung dalam jiwaku."
Demikianlah, terjadi suatu pergulatan penderitaan yang hebat dalam diri
Nabi Yunus saat ia terbaring di atas ranjangnya. Penderitaan yang keras
cukup memberatkannya sehingga beliau pun bangkit kembali dari tempat
tidurnya tanpa sebab yang dapat dipahami. Dan tibalah waktu pasang.
Perahu melemparkan tali-talinya. Kemudian perahu itu berjalan sepanjang
siang dan ia memecah airnya dengan tenang, dan angin pun bertiup padanya
dengan sangat lembut dan baik. Lalu kegelapan menyelimuti perahu itu
dan tiba-tiba lautan pun berubah. Bertiuplah angin yang cukup kencang
yang sangat mengerikan yang nyaris menghancurkan perahu dan bergolaklah
ombak yang cukup dahsyat laksana orang yang kehilangan akalnya. Ombak
itu meninggi bagaikan gunung dan menurun bagaikan lembah.
Mulailah gelombang ombak menyapu permukaan perahu sehingga para awak
perahu itu pun mulai terkena air. Dan di belakang perahu itu terdapat
ikan paus yang besar yang mulai mengintai. Ia membuka mulutnya. Kemudian
terdapat perintah kepada ikan paus itu untuk bergerak menuju permukaan
laut. Ikan paus itu menaati perintah dari Allah s.w.t dan ia segera
menuju permukaan laut. Ia mulai mengikuti perahu itu sebagaimana
perintah yang diterimanya. Angin yang keras tetap bertiup kemudian
kepala perahu mengisyaratkan dengan tangannya agar beban perahu
dikurangi. Dan angin semakin bertiup kencang. Sementara itu, Nabi Yunus
merasakan ketakutan. Dalam tidurnya beliau melihat segala sesuatu
berguncang di kamarnya. Beliau berusaha berdiri tegak, tetapi tidak
mampu. Kemudian kepala perahu berteriak dan berkata: "Sungguh angin
kencang bertiup tidak seperti biasanya. Bersama kita seseorang lelaki
yang salah sehingga kerananya angin ini bertiup dengan kencang. Kita
akan melakukan undian pada semua awak. Barangsiapa yang namanya keluar
kami akan membuangnya ke lautan."
Nabi Yunus mengetahui bahawa ini adalah tradisi dari tradisi-tradisi
yang biasa dilakukan oleh awak perahu jika mereka menghadapi angin yang
keras. Tetapi saat itu beliau terpaksa harus meng-ikutinya. Episode
penderitaan Nabi Yunus akan dimulai. Beliau adalah seorang Nabi yang
mulia tetapi harus tunduk pada hukum ala berhala yang menganggap bahawa
lautan mempunyai tuhan. Dengan kepercayaan itu, mereka meyakini bahawa
bertiupnya angin yang kencang akibat murka dari tuhan. Oleh kerana itu,
harus diadakan upaya untuk menenangkan dan memuaskan tuhan-tuhan yang
mereka yakini itu. Nabi Yunus pun terpaksa mengikuti undian itu. Nama
beliau dimasukkan bersama dengan nama penumpang lainya, dan dilakukanlah
undian. Yang keluar justru namanya. Lalu diadakan undian yang kedua,
dan kali ini pun yang keluar nama Nabi Yunus. Akhirnya, diadakan undian
yang ketiga. Lagi-lagi yang keluar nama Nabi Yunus. Kemudian ditetapkan
bahawa Nabi Yunus harus dibuang ke lautan. Saat itu para awak penumpang
memperhatikan Nabi Yunus. Nabi Yunus mengetahui bahawa beliau berbuat
kesalahan ketika meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah. Nabi Yunus
mengira bahawa Allah s.w.t tidak akan menurunkan hukuman padanya. Namun
ia dianggap salah kerana meninggalkan kaumnya tanpa izin-Nya. Allah
s.w.t memberikan pelajaran kepadanya.
Nabi Yunus berdiri di samping perahu dan melihat lautan yang dipenuhi
dengan ombak yang mengerikan. Dunia saat itu gelap dan di sana tidak ada
cahaya bulan. Bintang-bintang bersembunyi di balik kegelapan. Warna air
tampak gelap dan hawa dingin menembus tulang. Alhasil, air menutupi
segala sesuatu. Kemudian nahkoda perahu berteriak: "Lompatlah wahai
musafir yang misterius." Tiupan angin semakin kencang. Nabi Yunus
berusaha menjaga keseimbangannya, dan beliau menampakkan keberaniannya
saat ingin terjun ke lautan. Nabi Yunus pun terjun dan berada di
permukaan lautan laksana sampang yang mengambang. Ikan paus berada di
depannya. Ikan itu mulai tersenyum kerana Allah s.w.t telah mengirim
padanya makanan malam. Kemudian ikan itu menangkap Nabi Yunus di
tengah-tengah ombak. Kemudian ikan itu kembali ke dasar lautan. Ikan itu
kembali dalam keadaaan puas setelah memenuhi perutnya.
Nabi Yunus sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan.
Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan
malam. Tiga kegelapan: kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar
lautan, dan kegelapan malam. Nabi Yunus merasakan bahawa dirinya telah
mati. Beliau mencoba menggerakan panca inderanya dan anggota tubuhnya
masih bergerak. Kalau begitu, beliau masih hidup. Beliau terpenjara
dalam tiga kegelapan.
Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan
perjalanan menuju Allah saat beliau terpenjara di dalam tiga kegelapan.
Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun
mulai mengikutinya. Beliau mengatakan: "Tiada Tuhan selain Engkau ya
Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang
menganiaya diri sendiri." (QS. Hud: 87)
Ketika terpenjara di perut ikan, beliau tetap bertasbih kepada Allah
s.w.t. Ikan itu sendiri tampak kelelahan saat harus berenang cukup jauh.
Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus
masih bertasbih kepada Allah s.w.t. Beliau tidak henti-hentinya
bertasbih dan tidak henti-hentinya menangis. Beliau tidak makan, tidak
minum, dan tidak bergerak. Beliau berpuasa dan berbuka dengan tasbih.
Ikan- ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di
dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut
ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar
ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah s.w.t. Setiap
dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara-
suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan
terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan-
hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada
Allah s.w.t dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka
bertasbih kepada Allah s.w.t. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang
menelan seorang Nabi. Ikan paus itu merasakan ketakutan tetapi ia
berkata dalam dirinya mengapa aku takut? Bukankah Allah s.w.t yang
memerintahkan aku untuk memakannya. Nabi Yunus tetap tinggal di perut
ikan selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui batasannya. Selama
itu juga beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih kepada Allah
s.w.t dan selalu menampakkan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan
selain Engkau ya Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang
yang menganiaya diri sendiri." Allah s.w.t melihat ketulusan taubat Nabi
Yunus. Allah s.w.t mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian
Allah s.w.t menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus
ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh
Allah s.w.t.
Ikan itu pun menaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan
kepanasan di perut ikan. Beliau tampak sakit, lalu matahari bersinar dan
menyentuh badannya yang kepanasan itu. Beliau berteriak kerana tidak
kuatnya menahan rasa sakit namun beliau mampu menahan diri dan kembali
bertasbih. Kemudian Allah s.w.t menumbuhkan pohon Yaqthin, yaitu pohon
yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan
Allah s.w.t menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah s.w.t
memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya
nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.
Allah s.w.t berfirman:
"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika
ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia
termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan
besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk
orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal
di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke
daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan
untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada
seratus orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami
anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu."
(QS. ash-Shaffat: 139-148)
"Dan (ingatlah kisah) Dzunnun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan
marah, lalu mereka menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya
(menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap:
'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci
Engkau, sesungguhnya aku adalah orang-orang yang zalim.' Maka Kami telah
memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan
demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman." (QS. al-Anbiya':
87-88)
Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai
dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian
yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah:
Para nabi adalah orang-orang yang maksum tetapi kemaksuman ini tidak
bererti bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah s.w.t
itu pantas mendapatkan celaan (hukuman). Jadi masalahnya agak relatif.
Menurut orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t: Kebaikkan orang-orang
yang baik dianggap keburukaan bagi al-Muqarrabin (orang-orang yang
dekat dengan Allah s.w.t). Ini memang benar. Sekarang, marilah kita
amati kasus Nabi Yunus. Beliau meninggalkan desanya yang banyak dipenuhi
oleh orang-orang vang menentang. Seandainya ini dilakukan oleh orang
biasa atau oleh orang yang saleh selain Nabi Yunus maka hal itu
merupakan suatu kebaikan dan kerananya ia diberi pahala. Sebab, ia
berusaha menyelamatkan agamanya dari kaum yang durhaka. Tetapi Nabi
Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah s.w.t kepada mereka.
Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah s.w.t dan ia tidak
peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas beliau hanya sekadar menyampaikan
agama. Keluarnya beliau dari desa itu - dalam kacamata para nabi -
adalah hal yang mengharuskan datangnya pelajaran dari Allah s.w.t dan
hukuman- Nya padanya.
Allah s.w.t memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di
jalan-Nya. Allah s.w.t mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan
dakwahnya dan beliau tidak perlu peduli dengan kaumnya yang tidak
mengikutinya dan kerana itu beliau tidak harus menjadi sedih dan marah.
Nabi Luth tetap tinggal di kaumnya meskipun selama bertahun- tahun
berdakwah beliau tidak mendapati seorang pun beriman. Meskipun demikan,
Nabi Luth tidak meninggalkan mereka. Ia tidak lari dari keluarganya dan
dari desanya. Beliau tetap berdakwah di jalan Allah s.w.t sehingga
datang perintah Allah s.w.t melalui para malaikat-Nya yang mengizinkan
beliau untuk pergi. Saat itulah beliau pergi. Seandainya beliau pergi
sebelumnya nescaya beliau akan mendapatkan siksaan seperti yang diterima
oleh Nabi Yunus. Jadi, Nabi Yunus keluar tanpa izin. Lalu perhatikan
apa yang terjadi pada kaumnya. Mereka telah beriman setelah keluamya
Nabi Yunus. Allah s.w.t berfirman:
"Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya
itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus
itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam
kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu
yang tertentu." (QS. Yunus: 98)
Demikianlah, desa Nabi Yunus beriman. Seandainya ia tetap tinggal
bersama mereka nescaya ia akan mengetahuinya dan hatinya menjadi tenang
serta kemarahannya akan menjadi hilang. Tampaknya beliau tergesa-gesa
dan tentu sikap tergesa-gesa ini berangkat dari keinginannya agar
manusia beriman. Usaha Nabi Yunus untuk meninggalkan mereka adalah
sebagai ungkapan kebenciannya kepada mereka atas ketidakimanan mereka.
Maka Allah s.w.t menghukumnya dan mengajarinya bahawa tugas seorang nabi
hanya menyampaikan agama. Seorang nabi tidak dibebani urusan keimanan
manusia; seorang nabi tidak bertanggung jawab atas pengingkaran manusia;
dan seorang nabi tidak dapat memberikan hidayah (petunjuk) kepada
mereka.
No comments:
Post a Comment