Beliau adalah seorang utusan Allah s.w.t. Telah terjadi pertentangan
antara beliau dan kaumnya tentang berhala yang bemama Ba'l. Nabi Ilyas
menyeru di jalan Allah s.w.tdan mengajak kaumnya tetapi kaumnya
mengabaikannya. Mereka cenderung kepada Ba'l.
Selesailah halaman kehidupan dunia dan mereka dihadirkan di hadapan
Allah s.w.tpada hari kiamat. Allah s.w.t menceritakan hal tersebut dalam
firman-Nya:
"Dan sesungguhnya Ilyas termasuk salah seorang dari rasul-rasul.
(Ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu tidak
bertakwa? Patutkah kamu menyembah Ba'l dan kamu tinggalkan sebaik-baik
Pencipta, yaitu Allah Tuhanmu dan Tuhan bapak- bapakmu yang terdahulu?'
Maka mereka mendustakannya, kerana itu mereka akan diseret (ke neraka),
kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa). Dan Kami
abadikan untuk Ilyas (pujian yang baik) di halangan orang-orang yang
datang kemudian. (Yaitu) kesejahteran dilimpahkan atas Ilyas?
Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan hepada orang-orang yang
berbuat baik. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman."
(QS. ash-Shaffat: 123-132)
Hanya ayat-ayat yang pendek ini yang Allah s.w.t sebutkan berkaitan
dengan kisah Nabi Ilyas. Dan pendapat yang paling kuat adalah pendapat
yang menyatakan bahawa Ilyas adalah seorang Nabi yang bernama Ilya dalam
Taurat. Injil Barnabas mengemukakan nasihat-nasihat Ilya. Tentu
nasihat-nasihat tersebut tidak begitu terkenal dalam Taurat. Kami akan
menyebutkan nasihat-nasihat tersebut kerana di dalamnya terdapat hikmah
yang dalam dan ketulusan hati. Pesan tersebut terdapat dalam injil
Barnabas dari ayat 23 sampai ayat 49. Disebutkan di dalamnya bahawa
"Ilya adalah hamba Allah. Hal ini ditulis bagi semua orang yang
menginginkan untuk berjalan bersama Allah Pencipta mereka. Sesungguhnya
orang yang suka untuk banyak belajar maka ia akan sedikit takut kepada
Allah. kerana orang yang takut kepada Allah maka ia akan merasa puas
untuk mengetahui apa-apa yang diinginkan Allah saja. Hendaklah
orang-orang yang menginginkan untuk mengerjakan amal-amal yang soleh
memperhatikan diri mereka kerana seseorang tidak akan memperoleh manfaat
ketika mendapati dunia mendapatkan keuntungan sementara ia mendapati
kerugian. Selanjutnya, hendaklah orang yang mengajari orang lain
berusaha untuk lebih baik daripada orang lain kerana tidak akan
bermanfaat suatu nasihat yang diberikan oleh orang yang tidak
mengamalkan apa yang dikatakannya. Sebab, bagaimana seorang yang salah
dapat memperbaiki kehidupannya sementara ia mendengar seorang yang lebih
buruk darinya berusaha untuk mengajarinya. Kemudian hendaklah orang
yang mencari Allah berusaha lari dari percakapan dengan manusia kerana
Musa ketika berada sendirian di atas gunung Saina' maka beliau menemukan
Allah dan berdialog dengan-Nya sebagaimana seorang pencinta berdialog
dengan kekasihnya. Dan hendaklah orang-orang yang mencari Allah berusaha
keluar sekali setiap tiga puluh kali ke tempat yang biasa di jadikan
perkumpulan oleh masyarakat dunia. kerana boleh jadi ia dapat melakukan
suatu amal pada satu hari saja namun dihitung amalnya itu selama dua
tahun, khususnya berkaitan dengan pekerjaan yang di situ ia mencari
ridha Allah. Hendaklah ketika ia berbicara tidak melihat ke arah mana
pun kecuali ke arah dua kakinya, dan ketika ia berbicara hendaklah
mengatakan hal yang penting saja. Hendaklah ketika ia makan tidak
berdiri dari meja makan dalam keadaan kekenyangan. Dan hendaklah mereka
berpikir setiap hari kerana boleh jadi mereka tidak akan menemui hari
berikutnya. Dan hendaklah mereka benar-benar memanfaatkan waktu mereka
sebagaimana mereka selalu bernafas. Hendaklah satu baju dari kulit
binatang cukup untuk mereka. Hendaklah mereka setiap malam berusaha
untuk tidur tidak lebih dari dua jam. Hendaklah mereka berusaha berdiri
di tengah-tengah salat dengan rasa takut.
Kerjakanlah semua ini dalam rangka mengabdi kepada Allah s.w.t dengan
menjunjung tinggi syariat-Nya yang Allah s.w.t kurniakan kepada kalian
melalui Nabi Musa. kerana dengan cara seperti ini, kalian akan menemukan
Allah s.w.t dan kalian akan merasakan pada setiap zaman dan tempat
bahawa kalian berada di bawah naungan Allah s.w.t dan Dia akan selalu
bersama kalian." Demikianlah apa-apa yang disebutkan dalam injil
Barnabas melalui tulisan Ilya. ?
No comments:
Post a Comment